Selamat Hari Raya
Tuesday, September 15th, 2009Selamat Hari Raya. Selamat bercuti. Maaf Zahir Batin kepada semua manusia yang pernah berkomunikasi dengan saya. Ketahuilah bahawa saya telah maafkan kamu hanya jika kamu ada salah silap terhadap saya.
Inilah masanya saya akan memburu hanya beberapa jenis kuih/makanan kegemaran iaitu tart, lontong, ketupat dan kuah kacang, lemang & segala masakan rendang. Pendek kata, makanan yang tiada di masa lain selain di Hari Raya.
Kurangkan risiko kemalangan semaksimum mungkin. Fizikal & mental mesti bersedia. Bawa ‘spray air iron baju’ anda untuk di’spray’ ke wajah anda jikalau anda mengantuk ketika memandu kereta. Lain-lain tips anda boleh tanya encik google.
Jangan dilupa juga kepada H1N1. Walaupun kes makin menurun, sila ambil tindakan seperti yang disarankan. Jangan berasa selamat kalau anda bukan di dalam kumpulan berisiko. Yang sihat walafiat pun boleh mati seperti kes kematian ke berapa entah, sudah lupa.
Selamat Hari Raya.
