Posts Tagged ‘google’

Kampeni aku kene jual + ada hutang RM6.69 billion :p

Friday, October 16th, 2009

One morning, got email from my CEO, saying a good cooperation with XEROX to create bla bla..Yeah. I tot it was MERGING. Than later got email from XEROX CEO..then now I know..XEROX telah membeli ACS iaitu kampeni di mana aku bekerja! Bcoz my tahap gaban punya curiosity, I tried to google it & discover  the related news. Also ACS has USD2 billion debt in that news. Saya suprised.

SOS CILI di sini

Saya mula risau..uhuk uhuk

Selamat Hari Raya

Tuesday, September 15th, 2009

Selamat Hari Raya. Selamat bercuti. Maaf  Zahir Batin kepada semua manusia yang pernah berkomunikasi  dengan saya. Ketahuilah bahawa saya telah maafkan kamu hanya jika kamu ada salah silap terhadap saya.

Inilah masanya saya akan memburu hanya beberapa jenis kuih/makanan kegemaran iaitu tart, lontong, ketupat dan kuah kacang, lemang & segala  masakan rendang. Pendek kata, makanan yang tiada di masa lain selain di Hari Raya.

Kurangkan risiko kemalangan semaksimum mungkin. Fizikal & mental mesti bersedia. Bawa ‘spray air iron baju’ anda untuk di’spray’ ke wajah anda jikalau anda mengantuk ketika memandu kereta. Lain-lain tips anda boleh tanya encik google.

Jangan dilupa juga kepada H1N1. Walaupun kes makin menurun, sila ambil tindakan seperti yang disarankan. Jangan berasa selamat kalau anda bukan di dalam kumpulan berisiko. Yang sihat walafiat pun boleh mati seperti kes kematian ke berapa entah, sudah lupa.

Selamat Hari Raya.

Kerajaan menipu kita psl harga minyak.

Wednesday, September 9th, 2009

Sebenarnya aku nak buang jauh2 isu politik jauh dari blog ini kalau boleh. Tetapi aku tengok isu minyak ini ialah perkara nasional yang menghantui kita semua. Orang kaya je rilek. So aku anggap ini bukan politik ye.  Aku capture artikel dari blog orang lain. In ‘sarcastic way’, artikel ini ditulis.

Mail Sabri kata harga minyak tak naik. Ianya kekal. Sama ja. Ada minyak harga dua hengget. ada minyak ada sringgit lapan kupang. Sama ja. Tadak beza apa pun. Apa pun tak naik.

Semua maintain. Steady. Cuma, katanya, minyak RON97, yang selalu rakyat pakai tu, dia naikkan taraf kepada minyak premium. So, bila dah naik taraf ni, otomatik la harga pun canak naik. RON97 naik dari RM1.80 ke dua ringgit.

Tapi jangan risau, katanya. Sebab rakyat masih boleh isi minyak dengan harga RM1.80 lagi, guna RON95. RON97 dah ‘ upgrade ‘ , kalau mau yang ‘ tak upgrade ‘ , guna RON95. Harga sama. Warna pun cantik, kuning. La ni petrol pam dah macam lampu trafik light. Ada merah, kuning, ngan hijau. Cantik kan ? Cantik kan ? Kan ? Suke tak? Suke tak? Tutp matee! Tutup matee! Suurrrpriissssseeee !!!

Ada jugak yang kena tendang perut bulan2 posa ni.

Soalan pertama, apakah RON97 yang telah dinaiktaraf menjadi minyak premium itu lebih baik kualitinya sebelum harganya dinaikkan? Adakah minyak ini telah dicampur dengan formula2 hebat yang boleh membantu menambahbaik enjin, samada dari segi ‘ ketukan ‘ ka hapa ka? Adakah dengan menggunakan RON97 yang lebih mahal ini, proton wira 1.3 aku bertambah pikapnya sampai ke tahap aku tak perlu tutup ekon setiap kali meghagaih bukit?

Jawapannya sudah tentu tidak! Dan kalau jawapannya adalah ‘ tidak ‘ , jadah hapakah yang kamu naikkan harga minyak yang sama kualitinya ni, tapi tiba2 jadi mahal keesokan harinya? Bukankah itu namanya kamu sengaja menaikkan harga minyak? Bukankah harga minyak sebenarnya telah naik?!

Ini macam pi market nak beli ikan temenung, tiba2 tokey cakap sekilo kena tambah lagi dua ringgit. Tanya pasaipa, dia kata ikan temenung dah jadi ikan premium. Tanya dia lagi ikan temenung yang dia jual harini semua masuk univesiti ka? Ada ijazah semua ka? Isi manis lagi ka? Sisik makin kurang ka? Dia kata dak, sama ja. Tanya lagi ikan temenung kurang ka kot tengah laut la ni? Dia kata dak, belunggok huk lagi. Paihtu kenapa naikkan harga ikan temenung? Dia jawab harga tak naik, tapi taraf ikan temenung ni dah naik, jadi premium.

Tapi harga ikan temenung mahai dari kemarin. Kita kata tak puas hati. Dia kata kita bulih beli ikan puyu, ikan puyu harga sama macam ikan temenung kemarin. Tapi ikan puyu bukan ikan temenung! Kita jawab bantah. Tapi ikan jugak! Dia betah. Tapi kita tak bulih makan ikan puyu, nanti naik ruam. Kita bagi sebab. Dia suruh makan ikan temenung. Tapi ikan temenung mahai! Kita jawab. Bukan mahai, itu harga untuk ikan premium!

Last2 ada yang kena takek dengan parang tengah2 market tuh.

Naik harga cakap la naik harga! Dok pebodo orang pasaipa? Cakap. Harga dah naik. Kalau nak murah, beli yang rendah kualiti. Yang ni dah naik harga. Yang sama. Harga ja beza, lebih mahai. Kan senang?

Soalan kedua. Kenapa naik harga petrol? Mail Sabri dilaporkan dalam tibitiga malam tadi sebagai berkata sebab harga minyak dunia dah naik sampai USD82 setong.

Aku tak pernah hisap rokok. Jauh lagi nak hisap dam atau hidu gam. Tapi masa mengaji dulu, ada sekoq dua kawan2 yang dok wat kerja loklaq ni. Jawapan Mail Sabri ingatkan aku kepada sorang kawan yang overdose ganja. Samada dia hidu gam, atau telebih hidu petrol, aku tatau, tapi statistik tahun bila yang dia rujuk kata harga minyak dunia dah naik sampai USD82 setong?

Harga minyak dunia tak pernah lepas USD75 selepas merudum jatuh sampai ke USD40 tuhari. Samada dia di bawah pengaruh ganja, ataupun sengaja nak membodohkan rakyat sekali lagi, itu aku serah pada pembaca semua. Tapi mengatakan minyak dunia dah naik ke 82 dolar setong adalah statement yang sangat bengong. Tak masuk akal. Dan hanya boleh dilafazkan oleh orang2 yang hilang akal sahaja!

Jadinya, kalau kenaikan bukan disebabkan oleh kenaikan minyak dunia, jadah hapakah yang dinaikkan jugak harga minyak? Adakah sebab BN dah senak tak tau nak kaut duit tang mana, maka last kopek, pau rakyat sekali lagi?

Soalan terakhir. Adakah kualiti RON95 sama seperti RON97? Jika rendah kualitinya, kenapa harganya sama seperti RON97?

Jawapannya jugak adalah tidak. RON95 lebih rendah kualitinya daripada RON97. Dan ada beberapa laporan mengatakan bahawa sesetengah enjin tidak sesuai menggunakan RON95.

Sumber

Tengok part yang aku boldkan tu. Mase hari tu aku baca Berita Hairan menteri ni ckp US82 satu tong. Pastu aku google time tu harga xsampai pn US70 satu tong. Menteri ni memang *tepukdahi* la…xpandai betul nak kelentong rakyat. Aku letak kategori LOL untuk post ini..haha

Kalau kita google media2 bebas selain utusan meloya, berita hairan, the s*tar, orang akan bt kesimpulan kerajaan memang menyembunyikan sesuatu atas kenaikan harga minyak ini.