Aaron, my tears is for you.
Saturday, February 27th, 2010Sehingga artikel ini ditulis, mungkin Aaron Ramsey tengah berfikir, bagaimana kareer aku selepas ini? Boleh ke aku menjadi pemain bola sepak yang lebih baik? Boleh ke aku bermain kembali? Boleh ke aku menjadi pemain bola seperti sebelum aku mendapat kecederaan ini?
Aaron Ramsey, 19 tahun, pemain bola sepak dari Arsenal FC, telah patah kaki kanan malam tadi ketika perlawanan menentang Stoke City. Tulang kaki telah patah menjadi dua di hadapan mata aku sendiri. Carbon copy terhadap Eduardo. I hold my tears for you Aaron.
Aaron telah bertembung dengan Shawcross, (semestinya tidak berniat untuk mencederakan Aaron, beberapa jam kemudian mendapat panggilan untuk bermain untuk England) & sememangnya itu adalah kejadian yang sering berlaku dalam bolasepak. Accident does happened.
Rakan-rakan lain menunjukkan reaksi terganggau, sedih, tidak sanggup melihat kejadian & terkejut. Tetapi tidak membiarkan kejadian it mengalihkan perhatian mereka, Arsenal FC telah menang 3-1. Dedicated it to Aaron.
I hope this accident will fire up Arsenal to win the title. Win it for Aaron. Aaron Ramsey, Fabregas of Wales, get well soon boy!
Regards,
Anas Asarani.


