Ummi, abi, papa, mama, ayah, ibu…
7 09 2009Itu adalah antara panggilan seorang anak kepada ibu atau bapanya yang maksudnya untuk panggilan yang mesra. Semua di atas membawa maksud yang lebih kurang sama. Tetapi untuk ummi & abi, ia mempunyai perbezaan yang sangat besar.
Abi ialah ‘ayahku’ & ummi ialah ‘ibuku’. Bezanya ialah inilah bahasa yang diungkapkan oleh anak-anak baginda Nabi S.A.W sendiri untuk memanggil ibu & bapa mereka. Ianya dalam Bahasa Arab.
Ianya telah dipraktiskan oleh keluarga Nabi. Maknanya ianya adalah sunnah Nabi. Umum diketahui siapa yang dapat amal sunnah nabi di akhir zaman pahalanya ialah bla bla (google sendiri). Ianya adalah rahmat Allah.
Jadi, terpulang kepada individu tersebut untuk mengajar anak memanggil mereka sebagai ummi, abi, mama, papa…etc Seharusnya harus di ajar dari dalam perut lagi. Biasakan si baby dengan ummi, abi supaya bila besar nanti baby ni dh tak kekok dengan panggilan ini.
Alangkah indahnya jika anak yang kecil memanggil anda ummi & abi. Bayangkan anak anda berumur 28 tahun dan masih memanggil anda, ummi, abi? Indahnya ketika itu, anda rasa andalah ibu-bapa yang paling bertuah di dunia kerana mempunyai cahaya mata seperti itu. Secara perlahan, rahmat Allah akan memberkati keluarga ini. Dari perkara sekecil inilah bakal munculnya institusi keluarga yang melahirkan manusia yang bijak pandai, hebat, hormat orang tua, pejuang agama Allah.
Pilihan di tangan kita. Nak tak nak je. Chow…
Categories : Artikel, Sunnah, Surau








Recent Comments