Archive for the ‘I haz a sad’ Category

Get well soon Aaron!

Sunday, March 7th, 2010

Aaron, my tears is for you.

Saturday, February 27th, 2010

Sehingga artikel ini ditulis, mungkin Aaron Ramsey tengah berfikir, bagaimana kareer aku selepas ini? Boleh ke aku menjadi pemain bola sepak yang lebih baik? Boleh ke aku bermain kembali? Boleh ke aku menjadi pemain bola seperti sebelum aku mendapat kecederaan ini?

Aaron Ramsey, 19 tahun, pemain bola sepak dari Arsenal FC, telah patah kaki kanan malam tadi ketika perlawanan menentang Stoke City. Tulang kaki telah patah menjadi dua di hadapan mata aku sendiri.  Carbon copy terhadap Eduardo. I hold my tears for you Aaron.

Aaron telah bertembung dengan Shawcross, (semestinya tidak berniat untuk mencederakan Aaron, beberapa jam kemudian mendapat panggilan untuk bermain untuk England) & sememangnya itu adalah kejadian yang sering berlaku dalam bolasepak. Accident does happened.

Rakan-rakan lain menunjukkan reaksi terganggau, sedih, tidak sanggup melihat kejadian & terkejut. Tetapi tidak membiarkan kejadian it mengalihkan perhatian mereka, Arsenal FC telah menang 3-1. Dedicated it to Aaron.

I hope this accident will fire up Arsenal to win the title. Win it for Aaron. Aaron Ramsey, Fabregas of Wales, get well soon boy!

Regards,

Anas Asarani.

Kisah sedih Iwase Ken

Friday, February 19th, 2010

Iwase Ken (Kenzou) & Yoshida Rei (Rei) adalah sahabat baik. Dari sekolah rendah hingga masuk ke kolej tidak pernah tidak bersama. Kenzou sebenarnya menyukai Rei. Tetapi oleh kerana Kenzou yang ego & tidak pandai memahami Rei, menghalang Kenzou untuk menambat hati Rei.

Sebenarnya Rei menyukai Kenzou juga. Rei menunggu Kenzou untuk bertindak dahulu. Tetapi tidak juga berlaku. Akhirnya Rei telah menerima cinta orang lain.

Tibalah hari perkahwinan Rei & pasangannya. Kenzou datang dengan perasaan sedih & hiba kerana wanita yang paling dicintainya sudah tiada lagi.

Malas pulak. Bersambung..

Berkaca mata ini v2

Monday, January 11th, 2010

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa.

Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan. Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya.

Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya.

Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” Dia terkejut dan wajahnya berubah.

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya.

“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”
“Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

(i). Solat sunat ( ii). Puasa sunat ( iii). Berzikir (iv). Bersedekah (v).Mengusap rambut anak yatim (vi). Mendengar cerita2 kesusahan orang lain vii). Membantu orang susah

Wallahuaklam……

Sumber

Takziah

Sunday, December 27th, 2009

Takziah saya ucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat nahas bas. Ada seorang daripada mereka adalah rakan kepada rakan serumah saya. Sumber di sini.

al-fatihah