Kisah sedih Iwase Ken

19 02 2010

Iwase Ken (Kenzou) & Yoshida Rei (Rei) adalah sahabat baik. Dari sekolah rendah hingga masuk ke kolej tidak pernah tidak bersama. Kenzou sebenarnya menyukai Rei. Tetapi oleh kerana Kenzou yang ego & tidak pandai memahami Rei, menghalang Kenzou untuk menambat hati Rei.

Sebenarnya Rei menyukai Kenzou juga. Rei menunggu Kenzou untuk bertindak dahulu. Tetapi tidak juga berlaku. Akhirnya Rei telah menerima cinta orang lain.

Tibalah hari perkahwinan Rei & pasangannya. Kenzou datang dengan perasaan sedih & hiba kerana wanita yang paling dicintainya sudah tiada lagi.

Malas pulak. Bersambung..



Berkaca mata ini…

20 11 2009

Terima keputusan 5A UPSR depan jenazah ibu

Tidak seperti murid Tahun Enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy kesedihan menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibunya.

Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, Seremban semalam, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu kaum keluarga yang lain menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.

Berderai air mata Siti Amynur Ain Putri dan kaum keluarga yang lain apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hadapan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada pukul 11.30 pagi semalam.

“Saya sedih sangat, ibu tidak dapat melihat keputusan ini. Ibu selalu berpesan semasa hidup bahawa saya ini harapan dia, ayah pula sudah meninggal dunia empat tahun lalu,” kata Siti Amynur Ain Putri dengan linangan air mata kepada Bernama.

Pelajar itu kini hidup yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun.

Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur Ain Putri bekerja sebagai pencuci di sebuah hotel bajet rendah di Seremban dengan pendapatan RM500 sebulan.

April lepas, ibunya terpaksa berhenti kerja apabila pelajar itu mengalami kemalangan sehingga patah kaki dan keluarga itu terpaksa hidup dengan bantuan kewangan RM400 sebulan.

Setiap hari selepas berhenti kerja, ibunya akan berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk menghantar nasi bungkus kepada Siti Amynur Ain Putri kerana pelajar itu tidak balik rumah untuk menunggu kelas bimbingan UPSR.

Guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, yang terkejut ketika dimaklumkan ibu Siti Amynur Ain Putri meninggal dunia, berkata: “Siti merupakan ketua murid di sekolah kami. Kami tahu dia akan mendapat keputusan cemerlang.

Pagi-pagi saya sudah ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk mengambil keputusan (UPSR) seawal mungkin.

“Saya nekad untuk mendapat keputusan cepat dan sampaikan sendiri ke tangan Siti sebelum jenazah ibunya di kebumikan di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said,” katanya.

Beliau dengan ditemani seorang guru hampir sahaja terlewat dan Noreha tidak putus-putus berdoa supaya Siti Amynur Ain Putri menerima berita baik di sebalik ujian berat yang menimpa pelajar itu.

Ketika menyampaikan keputusan itu ke tangan murid Tahun 6 itu, Noreha berkata suasana sangat hiba dan puluhan orang termasuk ahli surau terdiam tetapi beliau mengumpul semangat untuk memberitahu kepada murid itu: “Ibu tentu tahu Siti mendapat keputusan cemerlang”.

Noreha, yang berpengalaman dalam bidang perguruan selama 24 tahun, kini berusaha untuk membantu Siti Amynur Ain Putri mendapat tempat di sekolah berasrama penuh.

“Siti ini tabah orangnya, kami tidak tahu pun ibunya dimasukkan ke wad selama dua minggu sebelum meninggal dunia. Semasa Siti patah kaki pada April lepas, dia mendapat cuti sakit selama dua bulan tetapi masuk bulan kedua, dia berazam untuk datang ke sekolah,” katanya.

Katanya Siti Amynur Ain Putri mahu mengubah kemiskinan keluarganya dan bercita-cita menjadi seorang pensyarah. – Bernama

Sumber

Ya Allah, permudahkan urusan dia dunia akhirat. Amin.



Kerajaan menipu kita psl harga minyak.

9 09 2009

Sebenarnya aku nak buang jauh2 isu politik jauh dari blog ini kalau boleh. Tetapi aku tengok isu minyak ini ialah perkara nasional yang menghantui kita semua. Orang kaya je rilek. So aku anggap ini bukan politik ye.  Aku capture artikel dari blog orang lain. In ’sarcastic way’, artikel ini ditulis.

Mail Sabri kata harga minyak tak naik. Ianya kekal. Sama ja. Ada minyak harga dua hengget. ada minyak ada sringgit lapan kupang. Sama ja. Tadak beza apa pun. Apa pun tak naik.

Semua maintain. Steady. Cuma, katanya, minyak RON97, yang selalu rakyat pakai tu, dia naikkan taraf kepada minyak premium. So, bila dah naik taraf ni, otomatik la harga pun canak naik. RON97 naik dari RM1.80 ke dua ringgit.

Tapi jangan risau, katanya. Sebab rakyat masih boleh isi minyak dengan harga RM1.80 lagi, guna RON95. RON97 dah ‘ upgrade ‘ , kalau mau yang ‘ tak upgrade ‘ , guna RON95. Harga sama. Warna pun cantik, kuning. La ni petrol pam dah macam lampu trafik light. Ada merah, kuning, ngan hijau. Cantik kan ? Cantik kan ? Kan ? Suke tak? Suke tak? Tutp matee! Tutup matee! Suurrrpriissssseeee !!!

Ada jugak yang kena tendang perut bulan2 posa ni.

Soalan pertama, apakah RON97 yang telah dinaiktaraf menjadi minyak premium itu lebih baik kualitinya sebelum harganya dinaikkan? Adakah minyak ini telah dicampur dengan formula2 hebat yang boleh membantu menambahbaik enjin, samada dari segi ‘ ketukan ‘ ka hapa ka? Adakah dengan menggunakan RON97 yang lebih mahal ini, proton wira 1.3 aku bertambah pikapnya sampai ke tahap aku tak perlu tutup ekon setiap kali meghagaih bukit?

Jawapannya sudah tentu tidak! Dan kalau jawapannya adalah ‘ tidak ‘ , jadah hapakah yang kamu naikkan harga minyak yang sama kualitinya ni, tapi tiba2 jadi mahal keesokan harinya? Bukankah itu namanya kamu sengaja menaikkan harga minyak? Bukankah harga minyak sebenarnya telah naik?!

Ini macam pi market nak beli ikan temenung, tiba2 tokey cakap sekilo kena tambah lagi dua ringgit. Tanya pasaipa, dia kata ikan temenung dah jadi ikan premium. Tanya dia lagi ikan temenung yang dia jual harini semua masuk univesiti ka? Ada ijazah semua ka? Isi manis lagi ka? Sisik makin kurang ka? Dia kata dak, sama ja. Tanya lagi ikan temenung kurang ka kot tengah laut la ni? Dia kata dak, belunggok huk lagi. Paihtu kenapa naikkan harga ikan temenung? Dia jawab harga tak naik, tapi taraf ikan temenung ni dah naik, jadi premium.

Tapi harga ikan temenung mahai dari kemarin. Kita kata tak puas hati. Dia kata kita bulih beli ikan puyu, ikan puyu harga sama macam ikan temenung kemarin. Tapi ikan puyu bukan ikan temenung! Kita jawab bantah. Tapi ikan jugak! Dia betah. Tapi kita tak bulih makan ikan puyu, nanti naik ruam. Kita bagi sebab. Dia suruh makan ikan temenung. Tapi ikan temenung mahai! Kita jawab. Bukan mahai, itu harga untuk ikan premium!

Last2 ada yang kena takek dengan parang tengah2 market tuh.

Naik harga cakap la naik harga! Dok pebodo orang pasaipa? Cakap. Harga dah naik. Kalau nak murah, beli yang rendah kualiti. Yang ni dah naik harga. Yang sama. Harga ja beza, lebih mahai. Kan senang?

Soalan kedua. Kenapa naik harga petrol? Mail Sabri dilaporkan dalam tibitiga malam tadi sebagai berkata sebab harga minyak dunia dah naik sampai USD82 setong.

Aku tak pernah hisap rokok. Jauh lagi nak hisap dam atau hidu gam. Tapi masa mengaji dulu, ada sekoq dua kawan2 yang dok wat kerja loklaq ni. Jawapan Mail Sabri ingatkan aku kepada sorang kawan yang overdose ganja. Samada dia hidu gam, atau telebih hidu petrol, aku tatau, tapi statistik tahun bila yang dia rujuk kata harga minyak dunia dah naik sampai USD82 setong?

Harga minyak dunia tak pernah lepas USD75 selepas merudum jatuh sampai ke USD40 tuhari. Samada dia di bawah pengaruh ganja, ataupun sengaja nak membodohkan rakyat sekali lagi, itu aku serah pada pembaca semua. Tapi mengatakan minyak dunia dah naik ke 82 dolar setong adalah statement yang sangat bengong. Tak masuk akal. Dan hanya boleh dilafazkan oleh orang2 yang hilang akal sahaja!

Jadinya, kalau kenaikan bukan disebabkan oleh kenaikan minyak dunia, jadah hapakah yang dinaikkan jugak harga minyak? Adakah sebab BN dah senak tak tau nak kaut duit tang mana, maka last kopek, pau rakyat sekali lagi?

Soalan terakhir. Adakah kualiti RON95 sama seperti RON97? Jika rendah kualitinya, kenapa harganya sama seperti RON97?

Jawapannya jugak adalah tidak. RON95 lebih rendah kualitinya daripada RON97. Dan ada beberapa laporan mengatakan bahawa sesetengah enjin tidak sesuai menggunakan RON95.

Sumber

Tengok part yang aku boldkan tu. Mase hari tu aku baca Berita Hairan menteri ni ckp US82 satu tong. Pastu aku google time tu harga xsampai pn US70 satu tong. Menteri ni memang *tepukdahi* la…xpandai betul nak kelentong rakyat. Aku letak kategori LOL untuk post ini..haha

Kalau kita google media2 bebas selain utusan meloya, berita hairan, the s*tar, orang akan bt kesimpulan kerajaan memang menyembunyikan sesuatu atas kenaikan harga minyak ini.



Ummi, abi, papa, mama, ayah, ibu…

7 09 2009

Itu adalah antara panggilan seorang anak kepada ibu atau bapanya yang maksudnya untuk panggilan yang mesra. Semua di atas membawa maksud yang lebih kurang sama. Tetapi untuk ummi & abi,  ia mempunyai perbezaan yang sangat besar.

Abi ialah ‘ayahku’ & ummi ialah ‘ibuku’.  Bezanya ialah inilah bahasa yang diungkapkan oleh anak-anak baginda Nabi S.A.W sendiri untuk memanggil ibu & bapa mereka. Ianya dalam Bahasa Arab.

Ianya telah dipraktiskan oleh keluarga Nabi. Maknanya ianya adalah sunnah Nabi. Umum diketahui siapa yang dapat amal sunnah nabi di akhir zaman pahalanya ialah bla bla (google sendiri). Ianya adalah rahmat Allah.

Jadi, terpulang kepada individu tersebut untuk mengajar anak memanggil mereka sebagai ummi, abi, mama, papa…etc Seharusnya harus di ajar dari dalam perut lagi. Biasakan si baby dengan ummi, abi supaya bila besar nanti baby ni dh tak kekok dengan panggilan ini.

Alangkah indahnya jika anak yang kecil memanggil anda ummi & abi. Bayangkan anak anda berumur 28 tahun dan masih memanggil anda, ummi, abi? Indahnya ketika itu,  anda rasa andalah ibu-bapa yang paling bertuah di dunia kerana mempunyai cahaya mata seperti itu.  Secara perlahan, rahmat Allah akan memberkati keluarga ini. Dari perkara sekecil inilah bakal munculnya institusi keluarga yang melahirkan manusia yang bijak pandai, hebat, hormat orang tua, pejuang agama Allah.

Pilihan di tangan kita. Nak tak nak je. Chow…



Maths & Science teaching in english-why we should oppose

29 08 2009

Introduction
6-7 years ago, this policy started thanks to brain of our former Prime Minister because he sees Malay student is weak in English that leads in difficulties to get a job after college days.

People reaction

Some people accepts it as brilliant move because “it greatly improve student’s proficiency” in English. Some quarter opposes it.

Exam results on this policy
Research shows more students were answering exams in english. Some not. They found improvement in Maths & Science. This policy looks “successful”.
But the reality is…

Exam results on this policy..does it reflect the truth?
85 marks is A…70 marks also can be A. 60 marks also can be A. It depends on how Menteri Pendidikan wants to save his water face. He can low the marks until “people can see this policy is successful”. We never know which level of marks of A, B, C or D.

Not fair environment for budak kampung to compete with budak bandar
Budak bandar have everything to improve their English. They will found they will able to talk English even they don’t learn! They have top class facilities and equipment. Internet is everywhere. Lots of people can talk  English to them. Easy material in English like newspapers, banners, shops, LRT, train can be found. All is in English.

Budak kampung?
Totally different. So so facilities. Some school no electricity and water pipe! No tuition. Lousy teacher. After school main parit only. No internet. No English newspaper. No people wants to talk English to them. How to improve? In my kampung, to buy The Star newspaper, I must make a booking a day before! Shah Alam is not same with Kampung Parit Baru or Ulu Tembeling.

It is like a boxing match with no hands to hit the opponent. It’s not fair.

Great  disadvantage for budak kampung
English is very important yes. Undoubtedly. But to built a solid foundation no need to teach in English. Maths is difficult. That is one thing. To understand English terms to understand Maths is another thing. When it goes to Science subject it will be worsen. It will make them lose interest in learning Maths. It’s pity to look boys on the age of 7 have no interest in learning math. Slowly budak kampung will be left behind..

Japanese & South Korean translated the English books from west to their mother tongue language and they are successful. Why we took another route when example is out there? English can be learnt later. Just improve an english subjects will solve the problem.

The best language is our mother tongue language.

Allah, please save budak kampung yg mcm aku dulu.